Mengenai Kami Antarabangsa

SISTEM-SISTEM KUARANTIN NORDIKO

Nordiko merupakan sebuah syarikat Australia yang merupakan pakar dalam menyediakan penyelesaian inovatif kepada industri perkapalan, melalui pelbagai keluaran yang kami buat di Australia dan di luar negara.

Keluaran-keluaran kami termasuk sistem pewasapan/penangkapan semula dan sistem pengudaraan yang mesra alam dan selamat dioperasikan

Sistem pewasapan/penangkapan semula kami membolehkan pelaksanaan pewasapan secara cekap dengan menggunakan jumlah gas minimum dan mengurangkan pencemaran gas yang timbul setelah pewasapan. Ini mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, yang mengurangkan risiko pendedahan pekerja terhadap bahaya tempat kerja. Sistem-sistem kami direka bentuk untuk menangkap semula gas berbahaya yang digunakan semasa pewasapan, yang meningkatkan lagi keselamatan dan sekaligus melindungi persekitaran.

Di samping melayani pasaran pewasapan, Nordiko telah mengubahsuaikan keluaran kami bagi organisasi yang ingin mengudarakan atau menangkap semula sebarang gas sisa yang mungkin berada dalam kontena perkapalan sebelum muatan dikeluarkan. Sistem-sistem ini popular di kalangan pengimport, yang tidak menginginkan pekerja yang mengeluarkan muatan terdedah kepada gas berbahaya apabila mereka membuka kontena perkapalan yang mengandungi barangan yang diwasap, atau daripada gas yang mungkin timbul semasa pengangkutan barangan tersebut. Banyak pelanggan melihat manfaat dalam mengudarakan kontena mereka dengan menggunakan salah satu sistem Nordiko, bagi memastikan tiada gas tidak selamat yang masih tinggal dalam kontena.

Nordiko mempunyai sejumlah paten yang telah dan akan dikeluarkan secara antarabangsa berkenaan dengan pelbagai keluaran kami, yang melindungi hak cipta dan hak harta intelektual keluaran kami.

Nordiko dapat membantu perniagaan anda dalam bidang utama berikut:

  • Mengurangkan pelepasan gas pewasapan beracun secara ketara.
  • Menyelaraskan proses pewasapan.
  • Menghapuskan keperluan untuk pewasapan di pelabuhan pemuatan dan pemunggahan.
  • Mengurangkan masa gabungan pewasapan dan pengudaraan.
  • Memastikan proses pengeluaran muatan adalah selamat.
  • Menangani isu-isu kesihatan dan keselamatan pekerjaan (OH&S) dan persekitaran.

BUTIR PERHUBUNGAN

Alamat Pejabat:
Level 2, 403 Pacific Highway
Artarmon (Sydney) NSW 2064, Australia

Alamat Surat-menyurat Australia:
P.O. Box 430 Artarmon
NSW 1570, Australia

Butir Perhubungan Lain:
Tel: +61 2 9906 5552
Faks: +61 2 9906 1874
E-mel: info@nordiko.com.au